0 Comment
Kumpulan lirik lagu Scoin-1

Kumpulan lirik lagu Scoin-1


Ku Menangis Kehilangan Mu 

Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang
Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa
( korus )
Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia
Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang
Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi
( ulang korus )
Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu ( 2X )


Hanya Kau Kekasih 

Bukan dia yang ku cinta
Bukan dia yang ku sayang
Tak pernah mencuba
Cintaku padanya
Hanya engkau yang ku cinta
Hanya engkau yang ku sayang
Tak pernah ku berdusta
Bercinta denganmu
Selama ini
( korus )
Andai kau tahu
Isi hatiku
Betapa ku sayang
Sayang padamu
Seluas-luas lautan
Engkau umpama sebutir bintang
Yang ku puja antara bintang
Yang berjuta kau bersinar
Hiaskan cinta di hati kita
Seharum mawar biar bermusim
Tetap abadi cinta kita
Bukan dia yang ku cinta
Hanya engkau yang bertahta
Di hatiku


Kau Kata Kau Rindu 

Berlari-lari mengejar bayanganmu
Hingga tersesat dalam cinta
Bermimpi-mimpi ku bersanding denganmu
Mungkin tak kan menjadi nyata
Engkau ku kasih engkau ku sayang
Aku menyinta sepenuh hati
Berhari hari hari nanti jawapanmu
Melayan rindu ukiran jiwa
Ternanti nanti nanti sinaran kasihmu
Ternyata engkau mungkir janji
Mengapakah oh kekasih
Mengapakah jadi begini
Siang malam ku berdoa
Moga jodoh berpanjangan
Kau kata kau suka kau kata kau cinta
Kenapa biar ku terluka
Katamu kau mahu kau kata kau rindu
Kenapa hatiku pilu
Kalaulah ku tahu begini sikapmu
Dah lama ku undur diri tak ingin bercinta lagi
Kalaulah kutahu engkau tidak suka
Tidak mungkin aku akan memujamu


Pulanglah Kekasih 

( SN: )
Hati menangis kasih
Kerana kau kekasih
Jiwa merintih
Oh sayang ku merindu
Resahnya aku
Pabila kau tiada
( S: )
Maafkan aku kasih
Aduhai kekasih
Aku bersalah
Menyeksakan batinmu
Bukan niatku
Membuat kau begitu
( korus )
( SN: )
Oh... oh... sampainya hatimu
Membuat fikiran terganggu
Manakah sumpahmu
Sehidup semati denganku
Pulanglah sayang
Hilangkanlah resah diwajahku
Kita bina hidup baru
( SN: )
Pulang sayang pulang padaku
Oh pulanglah kau pulanglah
Aku merindu
( SN & S: )
Kita sama-sama jatuh cinta
Kita sama-sama terluka
Di dalam dirimu ada aku
Di dalam diriku kau yang satu
Oh... oh... kekasihku
( ulang korus )
( SN & S: )
Sejarah yang lalu
Berlalu biarlah berlalu
Usah dikenang berdarah luka lama
Jadi sempadan antara kau dan aku


Rindu Rinduan Jadi Kenang Kenangan 

Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang diberi tak beharga
( 1 )
Sayang
Kau bermain dengan silang kata
Hingga aku
Benar benar telah jatuh cinta
Sayang
Sesungguhnya aku tak menduga
Engkau insan
Yang tak boleh ku percaya
Rindu rinduan jadi kenang kenangan
Insan tersayang kini milik orang
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam
Dimanakah setiamu
Dimanakah rindumu
Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahumu
Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh, ku tak tahu
Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalan senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri
( ulang dari 1 )
Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahumu
Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh, ku tak tahu
Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalan senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri (fade)


Sumber



Post a Comment Blogger

 
Top